NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Penjawat awam perlu terima perubahan dengan hati, minda terbuka

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Julaihi merakam kenangan bersama-sama penerima APC Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi 2021 di Kuching, malam tadi. Turut kelihatan Liwan Lagang, Abdul Rahman Junaidi dan Alice Jawan.

KUCHING: Penjawat awam perlu sentiasa bersedia mengadaptasi serta menerima perubahan dengan hati dan minda yang terbuka dalam usaha memenuhi permintaan rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Datuk Julaihi Narawi berkata, jangkaan serta harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan ini memerlukan pihak kerajaan membuat pembaharuan.

“Kerajaan yang diterajui oleh perkhidmatan awam hendaklah membuat pembaharuan secara berterusan supaya kita sentiasa responsif, relevan dan berkesan dalam memenuhi permintaan dan harapan rakyat.

“Lebih-lebih lagi pada masa kini, rakyat mempunyai banyak saluran terutamanya melalui media sosial bagi menyatakan pendapat, komen atau membuat aduan.

“Oleh itu saya menyeru agar warga MUT untuk terus peka dan responsif terhadap maklum balas rakyat supaya sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi di Hotel Waterfront, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Ir. Alice Jawan Empaling yang bakal berpindah ke Kementerian Pengangkutan Sarawak bermula 1 Oktober ini.

Baca lain  Tragedi sebelum subuh

“Di bawahnya, kementerian berjaya menangani masalah air kawasan tekanan rendah di seluruh Sarawak. Di samping itu, liputan juga diperluaskan hingga menjangkau 83.7 peratus setakat ini, manakala bekalan elektrik kini hampir mencecah liputan sepenuhnya,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan MUT (Utiliti) Datuk Liwan Lagang, Timbalan MUT (Telekomunikasi) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, ALice serta warga kerja MUT.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru