ARTIKEL

Penjawat awam wanita berputih mata, RM17,000 lesap ditipu panggilan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM17,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai anggota polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei Deputi Superitendan Polis (DSP) Benedict Faris (gambar) berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an itu didakwa terlibat dengan kes jenayah iaitu pengiriman barang yang menyalahi undang-undang.

Panggilan diterima pada 17 Januari daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari Semenanjung Malaysia.

“Mangsa diarahkan untuk membuat bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut lalu beberapa transaksi pindahan wang dilakukan.

“Disedari tertipu setelah dimaklumkan oleh suaminya, dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sarikei untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Benedict lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan sebatan serta denda,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU