ARTIKEL

Penjawat awam wanita ditahan kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.

Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di sini, Ahad.

Perintah tahanan reman selama lima hari hingga 26 Jan terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi semalam.

“Suspek dipercayai menggunakan dokumen invois bagi tujuan tuntutan palsu pembayaran Program Jualan Rahmah 2023 berjumlah kira-kira RM22,000,” katanya.

Menurut sumber, suspek dipercayai menjadi perancang utama dan berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois yang mengandungi butir palsu iaitu kuantiti jualan melebihi kuantiti sebenar yang terjual.

Katanya, perkara itu dikesan setelah mendapati invois yang dikemukakan tidak sama dengan Laporan Ringkas Program Jualan Rahmah 2023 yang dikeluarkan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Prilly Latuconsina kongsi rahsia kekal wangi

PELAKON dan penyanyi Indonesia, Prilly Latuconsina mendedahkan rahsia kekal wangi yang tidak memerlukan modal besar. “Saya selalu memberitahu peminat bahawa minyak wangi tidak semestinya berharga

Pastikan bekalan darah mencukupi

Setiap tahun pada 14 Jun, Hari Derma Darah Sedunia diraikan untuk meningkatkan kesedaran menderma darah dan tanda penghargaan kepada para penderma. Melalui aktiviti derma darah,