ARTIKEL

Penjual mee hilang RM231,792 ditipu bomoh temberang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penjual mee di Sibu hilang wang simpanan sebanyak RM231,792 selepas ditipu tiga bomoh temberang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 65 tahun itu pada 27 Jun lalu selepas menyedari ditipu pada 24 Jun lalu.

Katanya menurut mangsa, pada 23 Jun lalu semasa berada di Pasar Sentral Sibu, dia telah didatangi tiga wanita yang tidak dikenali dengan salah seorang daripadanya dipercayai warganegara China dan dua orang lagi warga tempatan.

Menjelas lanjut, beliau berkata suspek mengatakan pandai menilik nasib dan memberitahu mangsa akan mengalami nasib malang serta kemalangan maut.

Mohd Azman berkata mangsa kemudian dibawa oleh suspek berjalan kaki ke Jalan Hardin Sri Menanti, Sibu dan suspek juga menyatakan mangsa perlu mengeluarkan wang untuk disembahyangkan bagi membuang nasib malang yang bakal menimpanya.

“Oleh kerana berasa takut dengan nasib yang bakal ditimpanya, mangsa telah mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM231,792 melalui tiga transaksi dari dua akaun bank miliknya di dua buah institusi kewangan di bandar Sibu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau menambah setelah mengeluarkan wang, mangsa kemudian diarahkan oleh suspek untuk memasukkan kesemua wang itu ke dalam satu beg berwarna biru.

Katanya mangsa turut diminta untuk bersembahyang dan menyerahkan beg itu kepada salah seorang suspek.

“Setelah selesai upacara sembahyang, mangsa diminta balik ke rumah dengan membawa beg berkenaan dan suspek memberitahu mangsa hanya boleh membuka beg itu selepas sebulan,” katanya.

Mohd Azman berkata mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuka beg itu pada 24 Jun lalu dan mendapati kesemua wang miliknya tiada di dalam beg itu, dan segera tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.