ARTIKEL

Pensyarah tamat Kursus Pensijilan Profesional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 25 pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti berjaya menamatkan Kursus Pensijilan Profesional anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, di Politeknik Mukah, baru-baru ini.

Kursus ini adalah di bawah program peningkatan Kemahiran Industry4WRD 2023 berkenaan Artificial Intelligence Python Programming dan diadakan selama lima hari. 

Menurut Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Roziah Zainal Abidin, objektif kursus ini adalah untuk melakukan operasi menggunakan pengaturcaraan Python serta aliran data yang berkaitan. 

“Selain itu, untuk mewujudkan kos yang bersesuaian bagi penyelesaian masalah dalam pengoperasian. 

“Dalam masa sama, peserta juga dapat menggunakan modul dan peralatan yang berkaitan sekiranya lulus ujian yang dilaksanakan serta memperoleh sijil Profesional Python Programmer,” katanya. 

Jelasnya, kursus tersebut juga menggunakan enam modul atau program semasa ia berlangsung. 

Peserta kursus terdiri daripada pensyarah Politeknik Mersing, Politeknik Merlimau, Politeknik Kuching, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Politeknik Mukah, Politeknik Kota Kinabalu, Kolej Komuniti Segamat serta Kolej Komuniti Mas Gading. 

Peserta juga diberi latihan ujian untuk melayakkan mereka dalam memahami kursus tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU