ARTIKEL

TINJAU...Datuk Rahman Lariwoo (kanan) dan Muhammad Helman Morni (kiri) ketika meninjau kerja-kerja pemasangan gelanggang sebentar tadi.

Pentas akhir petinju buru tempat wakili Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih tinju Sukma Sarawak, Muhammad Helman Morni tidak menitik berat perolehan pingat kepada petinju di bawah kendaliannya pada Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-3 2024 yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 10 Mei ini.

Sebaliknya, memadai penampilan petinju yang masih berada dalam senarai panjang (20 orang) sebagai pentas pendedahan awal bagi pertarungan kompetitif.

Sekali gus, pentas bagi semua petinju meningkatkan prestasi semasa mereka selain peluang terakhir memburu tempat untuk mewakili Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

“Kita tidak berharap para petinju untuk beroleh sebarang pingat pada kejohanan itu (Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-3).

“Akan tetapi cuba menjadikan penampilan mereka di kejohanan ini untuk menilai keupayaan sebenar mereka,” ujar Helman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Helman, andaikata ada kalangan mereka yang mampu beroleh pingat kelak ia merupakan bonus buat petinju terbabit.

Katanya, persiapan petinju yang akan bersaing dalam kejohanan selama lima hari itu berjalan lancar.

“Latihan semua petinju sekarang semuanya berjalan lancar, mereka sudah bersedia sepenuhnya,” jelas Helman lagi.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo menegaskan, pihaknya akan mengumum senarai muktamad 15 petinju terbaik untuk mewakili Sarawak di Sukma XXI 2024.

“Kita akan mengumumkan senarai 15 petinju yang akan mewakili Sarawak di Sukma XXI 2024, dengan 12 orang daripadanya lelaki berbanding 3 perempuan,” tegas Datuk Rahman yang ditemui ketika meninjau kerja-kerja pemasangan gelanggang tinju di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebentar tadi.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)