ARTIKEL

Katalog lelongan Julien’s Auctions.

Pentas tarian ‘Saturday Night Fever’ dijual lebih £250,000 dalam lelongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UTAMA/HIBURAN/GLOBAL

LONDON, England: Pentas tarian berwarna-warni asli dari filem ‘Saturday Night Fever’, di mana John Travolta menari sebagai Tony Manero dengan latar belakang muzik Bee Gees, telah mendahului lelongan dan mencatatkan jualan lebih £250,000 (RM1.49 juta).

Julien’s Auctions, dengan kerjasama Turner Classic Movies (TCM), mengadakan lelongan ‘Hollywood Legends: Danger, Disaster and Disco’ selama empat hari, di mana pentas tarian itu menjadi item terlaris, dengan memperoleh AS$325,000, termasuk premium pembeli, lapor PA Media/dpa.

“’Saturday Night Fever’ sekali lagi mengujakan dunia dalam jualan pentas tarian ikonik filem ini yang mencuri tumpuan dalam lelongan ‘Hollywood Legends’ kami yang luar biasa,” kata Ketua Eksekutif Julien’s Auctions, David Goodman.

Item lain yang turut terjual termasuk prototaip ‘Ark of the Covenant’ dari filem ‘Raiders Of The Lost Ark’ yang melebihi anggaran pada harga AS$101,600 (RM477,520) dan gaun malam hitam Marilyn Monroe, yang dipakai semasa acara pada 1953 dengan Joe DiMaggio, yang dijual pada harga US$254,000 (RM1.194 juta).

Tongkat sihir Harry Potter yang digunakan oleh Rupert Grint, Emma Watson dan Ralph Fiennes dalam francais filem berkenaan juga memperoleh antara US$19,050 dan US$25,400 (RM89,000-119,380), dengan tongkat sihir Daniel Radcliffe dari ‘Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1’ dijual pada harga US$16,250 (RM76,375). – BERNAMA-PA MEDIA/dpa

BERITA LAIN

MEREMAJAKAN SKIM RONDAAN SUKARELA

SKIM Rondaan Sukarela (SRS) telah dilancarkan pada 21 Februari 2004. Tujuan utama penubuhan SRS adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di

Rita Rudaini bimbang bahasa kasar dalam podcast

»PELAKON, Rita Rudaini mengakui bimbang dengan penggunaan bahasa kasar dalam kandungan podcast pelbagai topik perbualan yang akan memberi impak negatif terhadap anak muda. “Ada konon

BERITA TERBARU