ARTIKEL

Penternakan udang kara lumayan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Rundi (tengah) bersama Martin (dua kanan), Dr Alvin (kanan) dan tetamu kehormat lain menunjukkan udang kara selepas melakukan simbolik Pelancaran Program Penternakan Udang Kara di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

KUCHING: Penternakan udang kara disasar dijadikan sumber ekonomi baharu di negeri ini, kerana potensinya menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat terutamanya golongan B40.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata ia kerana selain harga pasarannya mencecah RM85 sekilogram, udang kara juga cepat membesar.

“Menariknya udang ini boleh dituai dalam kitaran tiga atau empat kali setahun, bergantung kepada saiznya.

“Mereka yang mempunyai minat dan ingin melihat pulangan dalam perniagaan mungkin boleh melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Penternakan Udang Kara di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Rundi menyifatkan penternakan udang kara sebagai penternakan bandar kerana ia boleh dilakukan di rumah, premis dan sebagainya oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa atau golongan profesional.

Rundi menunjukkan hidangan udang kara yang dipamerkan sempena Majlis Pelancaran Program Penternakan Udang Kara di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU