ARTIKEL

Penting kerjasama kumpulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu.

Inti pati program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan bekerja dalam satu kumpulan serta melatih diri pelajar berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Ia juga menekankan kepentingan bekerja dalam kumpulan serta pengurusan dan menyelesaikan masalah.

Di samping itu, ia membolehkan pengagihan tugas yang lebih cekap, memperbanyak idea melalui pelbagai perspektif dan memupuk kemahiran komunikasi.

Melatih pelajar menghadapi cabaran kehidupan penting untuk membina ketahanan diri, kemahiran menyelesaikan masalah dan keyakinan.

Ia membantu mereka beradaptasi, membuat keputusan dan mengatasi tekanan dalam kehidupan dewasa.

Keyakinan diri penting kerana ia mendorong keberanian, ketegasan dan keupayaan membuat keputusan.

Keyakinan diri juga meningkatkan motivasi, prestasi dan hubungan sosial, serta membantu individu menghadapi cabaran dengan lebih berkesan.

Ia mendorong penerimaan diri, memupuk sikap positif dan memaksimumkan potensi.

Kesedaran tentang kelebihan diri juga membantu individu memberi sumbangan lebih bermakna dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.

Semoga sesi motivasi kali ini membuka mata dan minda pelajar untuk melihat keupayaan diri.

Seterusnya melahirkan individu tahan lasak dan tidak mudah putus asa dalam apa-apa jua usaha mahupun permasalahan.

Pelajar yang bijak ialah pelajar yang mendapat sokongan padu daripada ibu bapa, guru serta masyarakat di sekeliling.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU