ARTIKEL

Pentingnya Kemahiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JUMAAT minggu lepas, dua belas pelajar Universiti Malaysia Sarawak menamatkan latihan industri sebagai wartawan pelatih di akhbar kami — Suara Sarawak.

Selama tiga bulan, mereka bekerja siang dan malam untuk memastikan segala tugasan sebagai wartawan diselesaikan.

Hari pertama melapor diri, ada antara mereka agak kurang pasti dengan pilihan membuat latihan industri di syarikat akhbar kami.

Ada yang masih ragu-ragu. Paling utama ada yang memang agak pemalu — berasa kurang yakin untuk berdepan dengan khalayak ramai yang pelbagai.

Dan setelah tamat latihan industri, memang ada perubahan ketara dalam kalangan pelajar-pelajar ini.

Setiap seorang yang berjumpa untuk mengucapkan terima kasih dan selamat jalan, saya tanya satu soalan: “Apa yang kamu peroleh sepanjang latihan praktikal di sini?” Rata-rata menjawab keyakinan diri semakin meningkat.

“Dulu saya agak pendiam.

Kini saya sudah berani untuk bertemu dengan orang untuk bertanya soalan?

Jika malu, maka saya tidak mendapat jawapan daripada sumber (orang yang ditemu bual) untuk dijadikan berita,” kata salah seorang daripada mereka.

Sepanjang tiga bulan, kami melatih pelajar-pelajar ini tentang pentingnya mempunyai kemahiran kendiri.

Bukan setakat kemahiran menulis berita dan rencana, tetapi juga kemahiran untuk menemu bual orang ramai, terutama orang kenamaan — Premier, menteri, ahli parliman, Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai tertinggi kerajaan dan banyak lagi.

Dan, setelah tamat tempoh latihan, kami yakin mereka ini sudah mempunyai kemahiran yang diperlukan sebagai asas dalam bidang pekerjaan masing-masing kelak.

Walaupun asalnya tahap kemahiran mereka ini agak rendah, setelah diasah dengan cara betul, rata-rata mereka ini mempunyai kemahiran yang selayaknya, sesuai dengan bidang yang dipelajari.

KEMAHIRAN

Kolum kali ini bukan hendak membincangkan sepenuhnya tentang pelatih latihan industri di akhbar ini, tetapi tentang kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap seorang pelajar sama ada kini sudah di institusi pengajian tinggi, ataupun masih lagi di sekolah rendah ataupun menengah.

Penceritaan dari sudut wartawan pelatih sekadar contoh untuk menjelaskan betapa pentingnya memiliki kemahiran sesuai dengan bidang yang dipelajari di bilik kuliah universiti.

Sebagai contoh, pelajar bidang komunikasi terutama dalam jurusan kewartawanan harus benar-benar mahir tentang bidang ini.

Etika kewartawanan harus dihadam terlebih dahulu. Walaupun masih menuntut, mereka juga perlu faham serta mahir tentang bidang kewartawanan sebelum mengikuti latihan industri.

Ini kerana bagi sesetengah syarikat (apa-apa juga syarikat), mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melatih pelatih industri ini.

Ada sesetengah syarikat akan menyerah bulat-bulat setiap tugasan kepada pelatih untuk diselesaikan. Mesti siap tanpa alasan.

Ini memberi makna yang jelas, pelajar perlu mempersiapkan diri dengan segala kemahiran sebelum mengikuti latihan industri dalam apa-apa bidang sekalipun.

Sebab, mereka sentiasa diperhatikan.

Maksudnya, diperhati bukan kerana membuat kesilapan, tetapi orang atasan syarikat akan memerhati setiap kebolehan pelatih mereka.

Jika bersesuaian untuk diserap sebagai pekerja dengan syarikat, mereka akan ditawar sebaik sahaja tamat latihan.

Alasan di sini mudah, seboleh mungkin mana-mana syarikat akan mengambil pekerja yang boleh bekerja pada bila-bila masa tanpa perlu dilatih lagi.

Mana mungkin majikan akan mengambil pemandu jentera atau lori yang pada hari pertama perlu pula diajar bagaimana cara mengendalikan jentera atau lori yang akan dikendalikannya sepanjang bekerja kelak.

TVET

Begitu juga halnya dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) iaitu proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

TVET bertujuan menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu dengan skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Sebelum ini, TVET serta pendidikan kemahiran bukan pilihan utama, tetapi Sarawak kini menjadikan bidang ini sebagai fokus utama.

Sarawak semahu mungkin untuk melahirkan ramai pekerja mahir yang dapat membantu dalam pembangunan negeri.

Berbeza dengan negeri-negeri lain, TVET dan pendidikan kemahiran berada keudukan atas dalam pendidikan di negeri ini. Ini penting kerana banyak pihak melihat masa depan belia sekarang tidak dapat hanya berfokus kepada akademik tanpa ada kemahiran.

Ia juga bersesuaian dengan keperluan mana-mana majikan sekarang dan masa depan yang hanya mahu mengambil pekerja mahir sebagai tenaga kerja.

Seperti diberitahu tadi, majikan mahukan calon yang boleh bekerja pada bila-bila masa tanpa perlu dilatih lagi.

Dengan banyaknya pusat pendidikan kemahiran di negeri ini, tiada lagi masalah untuk anak Sarawak mendalami bidang kemahiran.

Lebih-lebih lagi, kelak akan ada pendidikan percuma di institut pengajian tinggi.

Jadi, rebut peluang ini.

Seperkara lagi, mereka yang mempunyai kemahiran membuat kasut misalnya, jika tidak mahu makan gaji, mereka boleh membuka perniagaan sendiri.

Dengan demikian, bukan sahaja untuk pendapatan sendiri, malah turut mencipta pekerjaan kepada orang lain.

PERSAINGAN

Untuk berjaya dalam kemahiran, kita bukan bersaing dengan orang lain, tetapi diri sendiri.

Jika malas, kita tidak akan ke mana-mana.

Jika rajin, kita akan dapat kuasai kemahiran yang diperlukan.

Jangan lihat semua orang sebagai pesaing.

Masing-masing ada kemahiran tersendiri.

Sama seperti bermain bola sepak.

Kemahiran menggelecek orang lain mungkin tidak sama dengan kita.

Kita mungkin mahir dari segi hantaran bola. Orang lain mahir menyerang, kita pula mungkin ampuh di benteng pertahanan. Kedua-dua elemen ini perlu digabung.

Mana mungkin kedua-duanya perlu menjadi penyerang, dan pada masa yang sama juga menjadi benteng pertahanan.

Masing-masing sudah ada tugas, cuma perlu saling bekerjasama melaksanakan strategi dalam permainan memburu kemenangan.

Jadi belajar dan tingkatkan kemahiran diri kerana dunia masa depan perlukan banyak kemahiran.

BERITA LAIN

Tulisan beracun

MATA pena lebih tajam daripada mata pisau. Sama seperti pisau yang dapat digunakan untuk mengukir, alat yang sama juga dapat digunakan untuk membunuh. Pisau dapat

Skuad termahal buru juara

JIKA bercakap mengenai bola sepak, sudah pasti kebanyakan peminat menggemari kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris. Ini kerana kebanyakan kelab seperti Arsenal, Manchester United,

Sayangi anak istimewa

HIDUP impikan kesempurnaan. Dahulu impian saya nombor satu memiliki anak-anak yang sihat, sempurna fizikal, beradab dan pandai sekolah dan panjang umur. Saya tidak impikan benda

Harapan selepas SPM

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia adalah peperiksaan penting, sebagai detik permulaan anak-anak muda

Penulis upahan, kisah nasib dan Abang Jo

TATKALA Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji Sarawak dan Premiernya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam podcast Meh Dengo Jap!

Tiada kaitan dengan nasib

BERAPA ramaikah pemimpin, profesor, ahli perniagaan di dunia berjaya kerana nasib? Jika anda sebagai wartawan, penulis dan wartawan mengakui bahawa anda berjaya dan cemerlang dalam

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan