Pentingnya kuarantin 14 hari masuki S’wak

KUCHING: Pelaksanaan arahan kuarantin 14 hari bagi kemasukan ke negeri ini bertujuan melindungi rakyat daripada jangkitan Covid-19.

Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelaksanaan SOP berkenaan bukan bertujuan menghalang rakyat berjumpa keluarga masing-masing.

Beliau bersimpati akan keadaan tersebut, namun begitu pelaksanaan kuarantin dilaksanakan berlandaskan situasi berlaku di Sarawak.

“Pada awalnya, kebanyakan kes berlaku di Sarawak ialah kes import. Kluster Pasai misalnya kes import melibatkan lebih 3,000 orang dijangkiti.

“Begitu juga dengan kes lain, sehingga sekarang masih terdapat satu kes import A dan import B.

“Sekiranya kita tidak laksanakan dasar kuarantin, mereka ini akan pergi ke masyarakat dan merebakkan penyakit kepada masyarakat,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 Sarawak di Bangunan Dun Lama, di sini hari ini.

Suara Sarawak