ARTIKEL

Penubuhan inkubator perniagaan bantu usahawan PKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah inkubator yang bakal memanfaatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bakal ditubuhkan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Satok.

Adunnya Datuk Ibrahim Baki berkata, inkubator yang akan ditubukan dalam masa terdekat ini akan membantu komuniti dan golongan belia untuk memulakan perniagaan mereka.

“Inkubator berkenaan akan memudahkan belia atau mereka yang mahu memulakan perniagaan untuk membuat pendaftaran syarikat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Christmas Meet and Greet di premis di Jalan Rubber Road, hari ini.

Tambah Ibrahim, beliau juga menyedari agak sukar untuk graduan belia memohon untuk mendapatkan pendaftaran perniagaan mereka.

“Dengan perancangan penubuhan inkubator ini, kita juga akan mencari satu lokasi yang sesuai.

“Ia juga boleh digunakan untuk mendaftar pejabat, mengadakan mesyuarat, mempunyai bilik persidangan kecil dan sebagainya,” jelasnya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU