ARTIKEL

RASMI… Nancy menandatangani plak semasa merasmikan PAWE Debak.

Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Debak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Debak menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan warga emas di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penubuhannya selaras Dasar Warga Emas Negara.

“Ini terutama bagi memastikan warga emas menjalani penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan saling menyokong sekali gus menjadikan hidup mereka sejahtera apabila dapat menikmati keseimbangan dalam kelima-lima dimensi.

“Ini juga selari keadaan semasa, iaitu Malaysia mencapai status negara menua pada 2030 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian dan Ramah-Tamah Aidilfitri PAWE Debak, di Dewan Millenia, hari ini.

Mengulas lanjut, jelasnya, di Sarawak terdapat 13 PAWE setakat ini dan untuk bahagian Betong sahaja mempunyai empat iaitu PAWE Pusa, PAWE Beladin, PAWE Debak dan PAWE Betong yang baru diluluskan pada 18 Mac lalu.

“Dengan adanya PAWE, masyarakat akan lebih prihatin dengan fenomena penuaan dan warga emas.

“Ini secara tidak langsung meningkatkan penglibatan dalam kalangan masyarakat pelbagai umur sebagai pengisian masa yang bermanfaat.

“Diharapkan dengan adanya penubuhan PAWE ini, ia akan memberi manfaat kepada warga emas di Debak terutama dan masyarakat sekeliling,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan masyarakat setempat dari daerah kecil Debak, jabatan kerajaan dan bukan kerajaan untuk memberi kerjasama dan melibatkan aktiviti dengan aktiviti PAWE DEBAk pada masa akan datang.

Hadir sama ADUN Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.

MESRA… Nancy menyantuni komuniti warga emas dalam Majlis Perasmian dan Ramah-Tamah Aidilfitri PAWE Debak.
RAKAM KENANGAN… Nancy merakam kenangan bersama salah seorang warga emas semasa majlis tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU