Trending

Penubuhan semula jawatankuasa selesaikan isu warganegara kanak-kanak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan diaktifkan semula bagi menyelesaikan isu kanak- kanak tanpa kewarganegaraan atau dokumen pengenalan diri.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelulusan menubuhkan semula jawatankuasa itu.

“Minggu ini, saya menerima maklumat berkenaan dengan permohonan kami bahawa KDN meluluskan jawatankuasa ini untuk ditubuhkan semula.

“Selain itu, ada perubahan dari segi keahlian iaitu pengerusi bersama dalam Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A ini,” katanya.

“Ini bermakna kita dapat mempercepat proses meneliti setiap kes dan memberi keputusan terhadap permohonan.”

Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 8 Apr 2021

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru