ARTIKEL

VOON LEE SHAN (kanan) dan Kanul Gindol.

Penubuhan semula unit para tentera “Border Scout” perlu dipercepatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penubuhan semula unit para tentera “Border Scout” di Sarawak dan Sabah mampu meningkatkan pengawasan dan keselamatan di sempadan.

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan dan Aktivis Sabah Kanul Gindol dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya menyeru kedua-dua negeri di Borneo mempercepatkan penubuhan semula unit itu.

“Kita perlu menghidupkan semula unit para tentera untuk meningkatkan pengawasan dan keselamatan di sempadan terutama dengan pencerobohan berterusan warga asing melalui sempadan.

“Ini termasuk sempadan panjang di Sarawak dengan Indonesia yang menyaksikan peningkatan aktiviti pencerobohan sejak kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri (Sabah dan Sarawak) harus segera memulakan proses menubuhkan semula unit itu sekarang ekoran Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor sendiri mengakui pada Oktober lalu beliau telah mengadakan perbincangan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg mengenai perkara itu.

Border Scout ditubuhkan pada 1963 dan dilatih oleh British dan terdiri daripada masyarakat tempatan yang tinggal berhampiran sempadan, terbukti berkesan dalam mengawal pondok polis (keselamatan) di sepanjang sempadan ekoran kepakaran mereka terhadap kedudukan geografi setempat.

Namun, sejak dibubarkan pada 1986 pasukan keselamatan semasa dilihat tidak mencukupi untuk melindungi sempadan Sabah dan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU