Trending

Penubuhan UTC Kota Samarahan akan diusulkan semula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ASAJAYA: Permohonan membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Samarahan akan diusulkan semula kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, rancangan penubuhan UTC Samarahan sebenarnya tersekat berikutan perubahan kerajaan terdahulu biarpun sudah diluluskan ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Untuk makluman UTC Samarahan merupakan perancangan pada zaman Datuk Seri Najib. Walaupun sudah diluluskan namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan perubahan kerajaan.

“Sebagai wakil rakyat saya akan mengutarakan balik permohonan ini kepada Perdana Menteri sama ada kita hendak menggunakan nama sama namun konsepnya hampir sama,” katanya mengulas mengenai status terkini permohonan UTC dalam majlis Program Pautan Kasih Parlimen P197 Kota Samarahan, hari ini.

Tegas Rubiah, perkara tersebut akan terus diutarakan memandangkan keperluan UTC boleh dikatakan amat mendesak di kawasan Kota Samarahan.

Mengenai permohonan terdahulu, Rubiah berkata cadangan itu masih sama dengan menjadikan Pusat Beli Belah Summer sebagai lokasi penubuhan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru