ARTIKEL

Penuhi impian rakyat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian masyarakat.

IMPIAN

“Baru-baru ini, kami merealisasikan impian seorang ibu melalui Program Impian Petronas 50, di Miri.

Keinginannya untuk mendapatkan kasut tersuai ortopedik untuk anak berusia 20 tahun yang menghidap palsi serebrum dan autisme,” katanya.

Kunjungan pasukan Program Impian Petronas diteruskan ke perkampungan Bidayuh di Tebedu dan Serian.

“Kami bertemu tiga adikberadik dari Kampung Bidayuh berhampiran sempadan Tebedu di Serian yang kehilangan penglihatan pada usia muda.

“Mereka bermimpi untuk mengalami perkara baharu seperti bermain di taman tema dan menaiki kapal terbang.

“Pasukan kami memberi mereka sepasang cermin mata hitam baharu dan membawa mereka membeli-belah pakaian dan memotong rambut di Kuala Lumpur.

Kami pergi ke I-City Shah Alam untuk merasai pengalaman taman tema,” katanya.

Anak kedua daripada tiga adik-beradik, Bruno Dawi, mahu merasai sendiri pengalaman tidak pernah dilakukannya.

“Disebabkan keupayaan terhad, kami sebagai orang tak nampak, pasti mahu merasakan apa-apa yang orang lain rasa, yang celik buat, kami pun ingin buat.

“Terutama apabila ada rakan yang bercerita tentang pengalaman mereka berjalan-jalan di atas ais (salji), jadi kami pun ingin tahu bagaimanakah rasanya,” katanya.

Itulah harapan dan impian Bruno yang buta sejak usianya 10 tahun.

Justeru, menerusi program ini, impian Bruno bersama-sama adiknya dapat direalisasikan apabila dibawa ke I-CITY Shah Alam.

“Saya sangat bersyukur apabila dapat datang ke tempat tersebut.

Saya dapat merasai sendiri pengalaman di tempat yang mempunyai ais, walaupun ia bukan salji sebenar, tetapi sekurangkurang hajat saya tercapai,” katanya.

Ternyata kegembiraannya itu memberi inspirasi dan hikmah kepada masyarakat di luar.

CEKAL BESARKAN TIGA ANAK

Bagi ibunya, Media Joog, ia cabaran besar dalam membesarkan tiga anak yang kesemuanya kehilangan penglihatan.

Walaupun perit, namun kehidupan harus diteruskan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu terus dilunaskan dalam membesarkan mereka.

“Saya lihat kesusahan mereka bertiga semasa bersekolah di kampung.

Ayah mereka meninggal dunia, kalau ayah mereka masih ada, mungkin hati kami senang sedikit,” katanya.

Sukar untuk digambarkan bagaimana ibu tunggal menjalani kehidupan seharian dalam menguruskan ketigatiga anaknya yang buta.

Sementara itu, Penjaga Kesihatan Cara Kerja Petronas, Dr Zulkifl i Md Yunus berkata, usaha merealisasikan impian tiga adik-beradik tersebut amat menyentuh perasaan.

“Malah, ia seolah-olah seruan kepada kita yang dilahirkan normal,” katanya.

Petronas memainkan peranannya menerusi tanggungjawab sosial korporat dalam membantu memastikan hasrat yang dinginkan dapat dilunaskan.

“Mungkin takdir perjalanan tiga adik-beradik ini mengajar kita sesuatu yang tersirat dan hikmah.

Hikmah ini bukan untuk mereka, tetapi kepada kita yang normal untuk menghargai apa-apa yang kita ada.

“Ia bukan sahaja dapat melihat kegembiraan di wajah mereka, bahkan memberi pengalaman baharu kepada orang buta.

“Mereka akan berasa dihargai dan tidak terpinggir serta belajar untuk berdikari,” kata Dr Zulkifli.

Tambahnya, melalui pengalaman tersebut, ia menyedarkan dan yakin bahawa insan yang dilahirkan normal pasti tidak mampu berdepan dengan kesukaran seperti ini.

Kagum dengan ketabahan mereka dalam menempuh cabaran hidup, malah menerima keadaan serta kekurangan diri dan terus menikmati detik-detik gembira dalam hidup mereka.

Program Impian Petronas 50 ini lebih daripada hanya sebuah usaha Petronas dalam memenuhi impian rakyat Malaysia.

Ia mengingatkan masyarakat apabila dirasakan sesuatu yang tidak memihak kepada kita, jadikan ia sebagai pengajaran untuk mengubah diri dan kehidupan. 

BERITA LAIN

Cabaran REMAJA

PEJABAT Pendidikan Daerah Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Dewan Tom Bazeley, baru-baru ini. Program ini menghimpunkan seramai 145

BERITA TERBARU

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi