ARTIKEL

Pasukan operasi mengadakan pemantauan di lokasi yang disyaki berlakunya pembiakan nyamuk

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin.

Menurutnya, setakat 24 Februari lalu sebanyak 50 kes demam denggi direkodkan di Miri.

“Setakat ini, PBT telah mengenal pasti dua lokasi iaitu Taman Ceria dan Flat Tudan sebagai lokasi titik panas penularan wabak denggi, dan lokaliti wabak tidak terkawal.

Lee Kim Shin bersama agensi yang terlibat dalam operasi mencegah penularan wabak denggi.

“Taman Ceria, Permyjaya termasuk Flat Tudan buat masa sekarang mencatatkan sebanyak 13 kes,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum pelaksanaan Ops Bersepadu menentang Wabak Denggi di Taman Ceria, Permyjaya di sini hari ini.

Dedahnya, sebanyak enam kompaun telah dikeluarkan kepada individu yang terdapat air bertakung di sekitar kawasan rumah mereka.

Mengulas lanjut, beliau berkata ini kerana air bertakung adalah tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi.

Di samping itu, beliau menekankan mengenai kepentingan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan penyakit bawaan nyamuk termasuk demam denggi.

Terdahulu, operasi tersebut diadakan dengan penglibatan daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) Jabatan Kesihatan, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

BERITA LAIN

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU