SARIKEI: Kira-kira 60 penumpang berdepan detik cemas apabila ekspres yang mereka naiki mengalami kebocoran dalam perjalanan dari Kampung Paloh ke Sarikei, awal pagi tadi.
Insiden dikatakan berlaku kira-kira jam 5.30 pagi iaitu selepas hampir sejam ekspres terbabit bertolak dari jeti Paloh.
Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali Mat, 32, berkata, ketika kejadian kesemua penumpang berada di dalam ekspres itu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab mahu pihak berwajib melakukan siasatan segera ke atas insiden terbabit.
“Saya memandang serius kes ini dan meminta pihak yang berkaitan bertindak. Kita tidak mahu tragedi berulang sehingga membabitkan kemalangan jiwa,” tegasnya.

