ARTIKEL

Penumpuan angin timuran dijangka berlaku di Sarawak sehingga Ahad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penumpuan angin timuran dijangka melanda kawasan selatan Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah sehingga Ahad ini, berdasarkan analisis model-model cuaca.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

“MET Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang melibatkan Johor (Mersing dan Kota Tinggi) berkuat kuasa pada 3 hingga 4 Januari ini.

“Sementara di negeri-negeri lain, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU