Trending

Penunggang dan pembonceng maut, motosikal terperosok ke bawah lori

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Motosikal ditunggang kedua-dua mangsa mengalami kerosakan selepas hilang kawalan dan terperosok ke bawah lori

SRI AMAN: Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Triso-Maludam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mathew Manggi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku kira-kira jam 7.26 malam.

Katanya, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal, 18, dan penunggang, 26, dalam perjalanan dari arah Triso menuju ke Maludam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah disebabkan penunggang motosikal telah hilang kawalan.

“Seterusnya telah terperosok ke bawah lori yang berada di hadapan, dari arah sama iaitu Triso menuju ke Maludam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penunggang maut ditempat kejadian sementara pembonceng meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Maludam.

Sementara katanya, pemandu lori, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru