ARTIKEL

Penunggang maut, motosikal bertembung di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian kemalangan sekitar 11.50 malam di kilometer 3, Jalan Tangga Bypass Serian, di sini, semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang berumur 58 tahun mengalami cedera parah di bahagian kepala dan leher, sementara isterinya, 58, cedera ringan di bahagian dagu dan tangan.

“Kejadian kemalangan itu melibatkan dua buah motosikal bertembung. Manakala sebuah lagi motosikal iaitu lelaki berumur 24 tahun patah paha sebelah kanan dan luka ringan di bahagian tangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa bersama isterinya telah di bawa ke Hospital Serian oleh orang awam, manakala seorang lagi mangsa sedang diuruskan oleh pihak ambulans.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di unit kecemasan Hospital Serian semasa dirawat,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan