ARTIKEL

Penunggang motorsikal cedera ringan berlanggar kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motorsikal mengalami cedera ringan di bahagian kaki apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan KM 14 Kota Samarahan/ Tabuan Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supritenden Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua pemandu kereta dan penunggang motorsikal memandu dari Samarahan menuju ke Kuching.

Katanya, ketika kejadian, penunggang motorsikal itu gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

“Kereta yang berada di hadapan di lorong sebelah kiri ketika kesesakkan lalu lintas telah dilanggar dari belakang oleh penunggang motorsikal tersebut.

“Akibat dari kemalangan itu, penunggang motorsikal cedera di bahagian kaki telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan,” jelas Alexson.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU