ARTIKEL

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, berlanggar pacuan empat roda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikalnya berlanggar dengan kereta pacuan empat roda dalam satu kemalangan di Kilometer 81, Jalan Kuching-Sri Aman, sekitar jam 9.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, mangsa lelaki berusia 42 tahun merupakan penjawat awam mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tangan.

Motosikal berkuasa tinggi mangsa yang remuk selepas kemalangan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Balai Ringin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kenderaan pacuan empat roda tersebut yang dipandu lelaki warga emas berusia 66 tahun.

“Siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kedua-dua kenderaan berlanggar ketika pacuan empat roda terbabit keluar dari persimpangan jalan sebelah kiri menuju ke Sri Aman.

“Kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai hendak masuk ke tempat membuat pusingan P di lokasi terbabit,” ujarnya.

Jelasnya, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

“Manakala, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kaji, semak tempoh kenaikan pangkat penjawat awam

MIRI: Kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula tempoh kenaikan pangkat penjawat awam yang dikatakan terlalu panjang atau lama. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan