ARTIKEL

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga tempatan maut akibat daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas kendiri berhampiran lampu isyarat Jalan Lapangan Terbang Kuching, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 12 pagi itu membabitkan mangsa dikenali sebagai Steven Kana berusia 43 tahun yang bertugas sebagai penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri(KDN) Sarawak.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat motosikal jenis Yamaha YZF-R25 yang ditunggang laju oleh mangsa hilang kawalan lalu terbabas.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah BDC ingin menuju ke arah Kuching Central seorang diri menunggang motosikal.

“Motosikal mangsa yang hilang kawalan terbabas dan menyebabkan motosikal naik ke atas bahu jalan lalu melanggar tiang lampu isyarat,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Naga, mangsa telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

“Mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 1.40 pagi oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala, tulang belakang dan leher,” tambahnya lagi.

Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha