ARTIKEL

Penunggang motosikal cedera terlanggar anjing melintas jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki mengalami kecederaan setelah motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar seekor anjing sedang melintas jalan di Jalan Bukit Song, di sini semalam.

Pengguna jalan raya yang kebetulan melalui jalan tersebut telah terserempak dengan kemalangan tersebut, kemudian terus menghubungi talian kecemasan untuk bantuan.

Maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan, kira-kira jam 5.37 petang.

“Setelah menerima laporan kejadian, sepasukan pegawai dan anggota APM Miri yang diketuai Sarjan Mejar (PA) Andan Ngidang dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang mangsa lelaki berusia 40 tahun mengalami kecederaan sakit di bahu kanan dan luka tercalar di kaki kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu katanya, pasukan bertugas bertindak memberikan rawatan awal di tempat kejadian sebelum menghantar mangsa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Setelah menghantar serta menyerahkan mangsa kepada pasukan perubatan di Hospital Miri, operasi tamat pada jam 6.50 petang.

P2: Pasukan APM Miri bertindak menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan selanjutnya

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan