ARTIKEL

MAUT… Lelaki berusia 25 tahun maut di tempat kejadian.

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau di sini, tengah hari tadi.

Menurut hantaran Facebook Angkatan Pertahanan Awam (APM), sepasukan anggota dari APM Sebuyau dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Anggota APM menemui penunggang motosikal terbabit dalam keadaan terbaring di tengah jalan,” kata hantaran itu.

Difahamkan, lelaki terbabit berasal dari Kampung Rembus, Kota Samarahan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut sumber, kemalangan berlaku dipercayai apabila motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta di jalan dua lorong.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Simunjan oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU