ARTIKEL

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Kuching-Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut terlibat kemalangan di Jalan Kuching-Serian, kira-kira jam 6.55 petang semalam.

Kejadian berlaku setelah kedua kenderaan bertembung ketika mangsa cuba membuat pusingan U di lampu isyarat di kawasan Batu 12.

Ujat Keong, 61 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata kemalangan berpunca apabila penunggang tiba-tiba membuat pusingan U di lampu isyarat.

Menurutnya, pemandu sedang bergerak dari Serian ke Kuching manakala penunggang dari arah Serian ke Kuching.

Motorsikal milik mangsa remuk di bahagian depan dan belakang akibat pelanggaran

“Hasil siasatan mendapati mangsa tiba-tiba membuat pusingan U untuk balik ke rumah di Taman Muhibah ketika lampu isyarat menandakan hijau dari arah bertentangan.

“Akibatnya, sebuah kenderaan bergerak dari arah berlainan telah bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson menambah, penunggang tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan badan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Sementara itu, mangsa telah dihantar ke hospital Umum Sarawak bagi tindakan lanjut dilakukan manakala kenderaan terlibat kemalangan dibawa ke Balai Trafik Padawan untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan Jabatan Kimia.

Kes diklarifikasikan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pemgangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat