ARTIKEL

Penunggang motosikal maut, kemalangan dengan lori 10 tan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANOWIT: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori muatan tanah 10 tan di Jalan Majau di sini, hari ini.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dikenali sebagai Belon Lanting, 59, manakala pemandu lori berusia 60 tahun tidak mengalami kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.22 pagi.

Susulan itu, ujarnya, lima anggota bomba beserta sebuah jentera FRT diketuai PBK II Awang Johari Awang Onget bergegas ke lokasi.

“Sampai di lokasi kejadian didapati benar kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan lori muatan tanah 10 tan, menyebabkan penunggang motosikal terpelanting ke laluan bertentangan.

“Anggota bomba kemudian bertindak mengalihkan motosikal yang menghalang laluan utama tersebut,” jelas beliau.

Menurutnya, anggota bomba kemudian membuat kerja-kerja pembersihan jalan raya sehingga selesai dan operasi tamat pada jam 12.18 tengah hari.

Keadaan di tempat kejadian.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU