Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Taman Emas, Batu 9, Jalan Kuching -Serian, malam Sabtu.
PGO bomba Sarawak menerima laporan kejadian sekitar 10.18 malam dan terus menggerakkan PKO BBP Siburan hadir ke lokasi. Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.
Salah seorang mangsa dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan KKM, manakala seorang lagi mangsa wanita berusia 31 tahun tersepit di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.