ARTIKEL

Mangsa (penunggang) diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Penunggang wanita cedera, motosikal berlanggar dengan pikap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Seorang penunggang wanita mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri selepas motosikal ditunggangnya dilaporkan berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap jenis Hilux berhampiran PETRONAS Sri Aman, kira-kira jam 1. 50 tengah hari tadi.

Penunggang terbabit dilaporkan terlantar susulan kejadian, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pemandu Hilux tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan operasi yang membuat pemantauan di lokasi kejadian mendapati mangsa telah diberi rawatan awal oleh pihak APM.

“Pasukan operasi telah membantu mengangkat mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak APM untuk dihantar ke hospital Sri Aman bagi tindakan rawatan lanjut,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, pengoperasian melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman serta agensi lain meliputi PDRM, APM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU