ARTIKEL

Penunggu Restoran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Karya: Paridah Ishak

Selangor Darul Ehsan

Umairah mengajak aku berjalan-jalan di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, membeli beberapa barangan keperluannya setelah wang PTPTN masuk akaunnya. 

Aku ikut sahaja menemaninya.

Umairah hanya mahu membeli sepasang kasut sukan. 

Sudah ditemui barang dicarinya di sebuah kedai kecil berhampiran kompleks beli-belah besar tersergam.

Memillih berbelanja di kedai kecil ialah hobi Umairah dan aku juga. 

Kompleks beli-belah besar tidak pun menjanjikan kualiti barangan ditawarkan berbanding harganya yang tinggi. 

Lagipun memang tidak layak membeli barangan ternyata mahal dengan duit sedikiit yang ada di tangan. 

Berjimat cermat semestinya lantaran wang kiriman ibu bapa di kampung sekadar cukup untuk menampung keperluan kehidupan sebagai siswi.

Harapkan PTPTN, setakat bayar yuran semester pengajian, buku dan keperluan pembelajaran sahaja cukuplah. 

Perut tetap perlu diisi.

Belajar, belajar juga demi kehidupan cemerlang masa mendatang.

“Jom kita pekena nasi… di restoran tu… aku dah lapar ni.

Perut sudah berdondang sayang,” aku menepuk bahu Umairah, mengajaknya mengikut kemahuanku.

Baca lain  Menangani kemarau Kreativiti berdasarkan pengalaman

“Kau ni pantang keluar ke bandar mesti nak makan nasi…”

Umairah mengangkat mukanya mengadap aku. 

Memang aku perasan selama aku mengiringinya berjalan dia menunduk sahaja. 

Tidak melilau memerhati kiri kanan.

Apa masalahnya? Sakit tengkuk agaknya! Ish! Aku cuma mengagak saja.

“Mana kedainya?”

“Tu!” aku menunjuk padanya arah restoran yang aku maksudkan.

Ramai pelanggan berpusu-pusu ke situ.

Agaknya makanan dijual di situ tersangatlah sedapnya.

“Ish! Tak naklah ke situ.”

“Kenapa pula?

Ramai yang makan di situ.

Apa salahnya kita cuba.”

“Hish tak mahu aku!

Kau tak nampak lembaga hitam besar berbulu tolak orang masuk situ.

Ramai pula.

Kiri kanan muka kedai semua ada.”

“Mana ada. Aku tak nampak pun. Kau ni ada-ada saja,” balasku keliru.

“Aku nampak. Kau yang tak nampak.

Kau tentu perasan kenapa aku jalan menunduk saja.

Sebab di sini ramai suku sakat mereka.

Tak sanggup aku nak jeling pun.”

Ungkapan Umairah serta-merta meremangkan romaku.

Terkedu hilang bicara.

Kata orang tua-tua jikalau roma menegak keseraman, maka benarlah di sekitar kita ada makhluk Allah yang halus sifatnya.

Baca lain  Lampu putih

Aku percaya akan kata Umairah bukan kerana dia kawan baik aku, tapi kerana peribadinya sangat baik.

Tidak tinggal solat, sering baca al-Quran juga bidang pengajiannya jurusan perubatan.

“Kau tentu pernah terbaca di akhbar, najis ditemui di tempat penyediaan nasi kandar kan.”

“Hmm apa kaitannya tu?”

“Mesti ada kaitannya. Segala najis dan tulang-tulang adalah makanan spesies tu.

Ada faham?” aku cuba memahaminya walau sebenarnya baru saja mengetahuinya.

Meloya tekak aku mendengarnya.

Sanggupkah aku nak makan nasi kandar lagi selepas ni?

Mungkin di kedai tidak lagi.

Masak sendiri saja di rumah kalau seleraku teringin menikmatinya.

Aku beristighfar berulang kali.

Sampai begitu sekali cara dilakukan peniaga untuk meraih keuntungan kekayaan duniawi sehingga sanggup bersekongkol dengan makhluk yang berlawanan sifatnya itu.

Mujur aku tidak dianugerahkan pancaindera keenam yang telus mata seperti Umairah, dapat melihat kewujudan mereka bila-bila saja sebab aku memang penakut. 

Kalau terpandang mahu demam tak kebah dibuatnya.

BERITA LAIN

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,