ARTIKEL

Abang Johari (depan) dan Awang Tengah (belakang) ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama penuntut Sarawak di England.

Penuntut Sarawak di England digalak tingkatkan pengetahuan demi pembangunan negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LEEDS, England: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyantuni hampir 20 orang anak negeri yang menuntut di England sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Para penuntut tersebut terdiri daripada pelajar dari Universiti Sheffield, Universiti Bristol, London Imperial College, Universiti Manchester, London School of Economics, Universiti Oxford dan Universiti Leeds.

Ia turut diserikan lagi dengan kehadiran isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Pada majlis makan tengah hari yang berlangsung pada Sabtu (waktu tempatan), Abang Johari menasihatkan para penuntut untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi demi masyarakat dan negara.

“Para penuntut disarankan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana supaya dapat menyumbang kepada pembangunan Sarawak nanti.

“Kita tahu, mereka merupakan pelapis dan pengganti kepada pemimpin yang sedia ada kelak,” katanya.

Sementara itu, majlis makan tersebut turut diselitkan dengan sesi perkongsian mengenai Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah yang akan berlangsung di Poland.

Pada forum berkenaan, Premier akan menyertai sesi ‘Debate Regions For The Planet’ untuk berkongsi perspektif Sarawak ke arah peralihan tenaga boleh diperbaharui serta kelestarian alam sekitar. 

Baca lain  Sarawak bakal perkenal sistem penilaian peperiksaan, pastikan pendidikan pelajar tidak terbantut

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri, Datin Amar Baduyah Bujang dan lain-lain. 

Sementara itu, Premier tiba di Leeds pada Jumaat bagi mengetuai delegasi Kerajaan Negeri dalan lawatan kerja ke London dan Poland hingga 24 April ini.

Abang Johari (enam kanan) dan Awang Tengah (lapan kanan) serta rombongan merakamkan kenangan bersama para penuntut di England.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU