ARTIKEL

Penuntut wanita di Sibu terpedaya tawaran kerja sambilan, lesap RM13,750

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini kerugian RM13,750 selepas terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian.

Dalam laporan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu kelmarin, mangsa mengadu menerima tawaran untuk memperoleh wang sampingan dengan membuat tugasan kerja di dalam Youtube selepas dimasukkan ke Group Whatsapp Millennium Portfolios Event A13 oleh individu bernama Ho Siew Ming.

Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan sebelum suspek mengarahkan menekan ke satu pautan bagi membuat tugasan diberikan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataan di sini hari ini berkata mangsa turut dikehendaki menekan butang ‘subscribe’ Nike & Adidas dan dijanjikan mendapat keuntungan RM100.

Suspek juga memaklumkan kepada mangsa jika ingin mendapat keuntungan RM40,000 mangsa dikehendaki membuat tugasan seterusnya dengan memasukkan wang sebanyak RM20,000.

“Mangsa telah memasukkan wang bagi penugasan berkenaan semalam sebanyak lima kali transaksi berjumlah RM13,750 ke dalam empat akaun tempatan yang berlainan namun sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima keuntungan dan komisen dijanjikan,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Zulkipli menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Orang ramai perlu membuat semakan terperinci dengan syarikat atau agensi berkaitan sebelum memohon atau menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan.

Selain itu, orang ramai boleh merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM untuk sebarang nasihat.

Mereka juga boleh membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
— BERNAMA

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU