JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di daerah Lawas pada Isnin bermula 10 malam sehingga 4 pagi.
Ia melibatkan seluruh kawasan di Jalan Punang dan Kuala Lawas.
Gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja pengisian tangki utama di Loji Rawatan Air Gelugus berikutan penurunan paras air mentah di Gaya Intake.
Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.