Trending

Penutupan dan lencongan jalan bermula 3 hingga 5 Ogos

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ibu Pejabat Daerah Kuching akan melakukan penutupan serta lencongan beberapa jalan sempena acara perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada 3 hingga 5 Ogos 2023.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintenden Bingkok John berkata, penutupan pada 3 dan 4 Ogos 2023 akan bermula pada jam 6 petang sehingga acara raptai selesai bagi memastikan program berlangsung dengan lancar.

“Antara jalan yang ditutup semasa raptai ialah Jalan Tunku Abdul Rahman/ Jalan Main Baazar; Jalan Borneo/ Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Padungan/ Jalan Tunku Abdul Rahman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perarakan jalanan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew Yang di Bangunan Baitulmakmur 1 di sini, petang tadi.

Sementara Bingkok menambah, penutupan dan lencongan jalan akan dilakukan pada 5 Ogos bermula jam 12 tengah hari dan akan dibuka semula selepas program selesai.

Antara jalan yang ditutup termasuk Jalan Padungan/ Bulatan Sri Aman; Jalan Ban Hock/ Bulatan Sri Aman; Bulatan Sri Aman/ Jalan Abell; Jalan Abell / Lampu Isyarat Jalan Abell (Hotel Long House) dan Susur Jalan Abell/ susur jalan keluar ke Jalan Padungan (Jalan Chan Chin Ann), ujarnya.

“Selain itu, penutupan jalan juga akan dibuat di Jalan Song Thian Cheok/ Jalan Padungan; Lampu Isyarat Jalan Bukit Mata/ Jalan Tunku Abdul Rahman serta Lampu Isyarat SK ST Mary / Jalan Susur Mcdougall/ Jalan Wayang; Jalan ST Temple / Jalan Wayang; Jalan Main Baazar / Jalan Gambir dan Lampu Isyarat Jalan Pearl/ Wawasan/ Jalan Tun Abg Haji Openg,” ujarnya.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan masalah lalu lintas dan patuhi arahan pegawai polis yang bertugas,” tegasnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru