ARTIKEL

Penutupan Giant tiada kaitan dengan Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penutupan pusat belibelah Giant tiada kaitan dengan Kerajaan Sarawak, tegas Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal

Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

Katanya, keadaan ekonomi tidak menentu mungkin menjadi punca pusat beli-belah terkemuka itu ditutup.

“Pasar raya Giant tidak bersangkut paut dengan Kerajaan Sarawak.

“Ia tidak mempunyai ekuiti dengan kami, malah kami tidak dimaklumkan mengenai penutupan Giant,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam sempena Himpunan Legasi Qun Sarawak 2020 di sini malam, semalam.

Setakat berita ini ditulis, pusat beli-belah Giant yang ada di sekitar Kuching mula melakukan penjualan penutupan dengan tawaran diskaun harga kepada pengguna.

Bagaimanapun menurut portal berita tempatan, pasar raya itu, mengumumkan keluar dari Sabah dan Sarawak.

“Penutupan firma peruncitan di Sabah dan Sarawak kerana pemain industri tempatan sudah kukuh,” lapor portal itu.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU