ARTIKEL

Penyakit fizikal meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat Kuching digalak mengamalkan gaya hidup sihat bagi meningkatkan kesedaran terhadap penyakit fizikal dan mental yang kian meningkat di negeri ini.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, penglibatan aktif masyarakat melakukan senaman ringan juga baik untuk diterapkan.

“Sejajar dengan peralihan teknologi yang semakin berkembang, ia menjadikan masyarakat semakin kurang embuat pergerakan danbergantung kepada kemudahan sedia ada.

“Selain itu, peningkatan taraf hidup komuniti juga turut menjadi punca meningkatnya gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya pada Majlis Pelancaran Simbol Qarlue Fitness Studio semalam.

Menurutnya, amalan gaya hidup sihat bukan sahaja dapat melahirkan individu yang lebih bertenaga tetapi turut menjamin otak yang cerdas.

“Pengurangan fungsi metabolis me dalam badan boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti, diabetes, hipertensi, strok, penyakit jantung dan penyakit lain,” katanya lagi.

Menurut Hong Seng, kajian menunjukkan bahawa penghidap kanser adalah dalam populasi tujuh kali lebih tinggi berbanding mereka yang melakukan senaman secara kerap.

Ia diikuti penyakit arteriosklerosis, penyakit buah pinggang, cholelithiasis, dan penyakit osteoporosis, jelasnya.

“Menurut pendapat pakar perubatan Cina kuno, kehidupan ini memerlukan pergerakan. Kebanyakan mereka yang mudah dijangkiti penyakit itu berpunca daripada sikap malas mereka sendiri.

“Kita harus mengingati diri sendiri bahawa badan yang sihat memerluan latihan dan pergerakan badan yang aktif terutamanya diri sendiri,” tambahnya.

Katanya, Qarlue Fitness Studio amat mengalu-alukan kehadiran lebih ramai masyarakat berkunjung ke situ untuk menjalankan aktiviti yang lebih sihat selepas waktu kerja.

Beliau berharap dengan nasihat yang diberikan dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU