Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Penyamar doktor tidak pernah disenaraikan dalam jadual bertugas rasmi di PPV dan HUS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Hasil siasatan dalaman Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS) mendapati individu yang menyamar menggunakan nama “Dr Shah” datang sekali sekala ke PPV Stadium Perpaduan dan mula dilihat berada di PPV tersebut pada 16 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Dato’ Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, individu itu mengaku sebagai pegawai perubatan siswazah dari Hospital Umum Sarawak (HUS) memaklumkan hanya datang membantu jika ada kelapangan tetapi tidak pernah melaporkan diri untuk bertugas secara rasmi.

“Tiada sebarang tugasan diberikan kepada individu itu yang dilihat selalu berada di ruangan pendaftaran.

“Penyamar tersebut tidak pernah disenaraikan dalam jadual bertugas rasmi yang ditetapkan untuk semua petugas Kementerian Kesihatan dan para sukarelawan di PPV Stadium Perpaduan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, setiap ketua stesen di PPV tersebut biasanya akan memastikan kesemua petugas akan mengisi daftar masuk dan keluar setiap kali bertugas.

“Kesemua pemvaksin yang bertugas akan dipastikan mempunyai sijil Perakuan Pengamalan Tahunan sebelum dibenarkan memberi suntikan.

Baca lain  Memancing di laut perlu permit

“Individu itu juga tidak pernah bertugas sebagai pemvaksin di PPV HUS dan sebagai sukarelawan termasuk tiada rekod Saringan Deklarasi Kendiri yang wajib dibuat setiap kali masuk kerja,” jelasnya.

Menurut Mohamed Sapian, pengakuan penyamar itu sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Bahagian Neurologi, HUS, masih lagi dalam siasatan.

Sehubungan ini, JKNS telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak pengurusan PPV Stadium Perpaduan Kuching dan HUS bagi mengelakkan hal yang sama berulang

“Antara tindakan yang ditambah baik ialah pemberian pas petugas di PPV Stadium Perpaduan, setiap petugas didaftarkan nombor siri dan nama petugas telah dikemukakan kepada pegawai polis yang menguasa di PPV berkenaan.

“Turut dilakukan ialah tindakan pengukuhan oleh ketua stesen pada setiap syif atau giliran bertugas di PPV dalam memastikan pengambilan daftar kehadiran (masuk dan keluar),” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru