SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Penyampai berita TVS tampil dengan busana tradisi melayu sempena sambutan Aidilfitri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seiring dengan slogan saluran iaitu ‘Segar dan Berinspirasi’, penyampai-penyampai berita TVS tampil dengan kelainan sekali lagi dengan memperagakan busana selendang dan selayah keringkam untuk penyampaian berita pada Hari Raya Aidilfitri.

Keringkam merupakan pemakaian di kalangan wanita Melayu Sarawak yang dek luput ditelan masa.

Motif serta corak sulaman yang menggunakan benang emas dan perak amat unik serta melambangkan ia sebagai sebahagian daripada pusaka keluarga.

Pemakaian keringkam oleh para penyampai berita TVS yang berbilang kaum mempamerkan perpaduan untuk memperkasa wanita dalam industri penyiaran di samping mengekalkan jati diri serta warisan budaya negeri Sarawak.

Penyampai berita TVS yang akan mengenakan busana ini termasuklah Marzella Sigai untuk Berita Iban pada pukul 4.00 petang dan 7.00 malam, Jessica John untuk Berita Iban dan TVS Utama masing-masing pada pukul 11.00 pagi dan 8.00 malam, Handy Gui untuk Ringkas pukul 12.00 tengah hari dan Berita Inggeris pada pukul 5.00 petang, dan Jeerydine Chan untuk Berita Re Bao pada pukul 6.00 petang.

Baca lain  Bertanding secara bersih dan adil, jangan guna taktik kotor

Penyampai Berita Inggeris TVS, Handy Gui, berkata, “saya berasa bangga mengenakan keringkam dan songket walaupun saya bukan berketurunan Melayu.

Namun, membesar di negara dengan pelbagai budaya telah menjadikan kita satu.

Justeru, apabila diberi peluang untuk memakai dan mempromosikan budaya Melayu, saya dengan bangga dapat menyatakan bahawa ini adalah satu penghormatan.”

“Ketika memakai keringkam buat pertama kali, saya berasa kita sebagai satu walaupun berbilang agama dan bangsa.

“Saya berasa sangat bangga menjadi orang Sarawak kerana dapat mengalami budaya yang berbeza.” kata Jeerydine Chan, Penyampai Berita Cina TVS.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru