ARTIKEL

Kredit: YouTube Sekretariat Presiden | BERNAMA

Penyanyi Putri Ariani serikan acara sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Penyanyi Indonesia Putri Ariani yang juga peserta America’s Got Talent 2023, mencetuskan suasana menggembirakan di Istana Merdeka pada Khamis, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia.

Dengan diiringi alunan piano, beliau memukau ribuan tetamu dan Presiden Indonesia Joko Widodo dengan lagu ‘Melati Putih’ ciptaan Guruh Sukarno Putra.

Sebelum meneruskan dengan lagu keduanya, penyanyi itu mengumumkan akan membuat persembahan di pentas separuh akhir America’s Got Talent pada 5 Sept di Los Angeles dan mengharapkan sokongan daripada seluruh masyarakat Indonesia.

Ratusan tetamu yang memakai pakaian tradisional etnik, termasuk menteri, pegawai tentera dan polis membanjiri kawasan lapang untuk menari sambil mendengarkan dendangan lagu ‘Rungkad’ hasil ciptaan Vicky Tri Prasetyo.

Tema Hari Kemerdekaan tahun ini, “Terus Melaju Untuk Indonesia Maju” merangkumi usaha kolektif untuk kemajuan negara.

Naib Presiden Ma’ruf Amin berkata sambutan tahun ini amat bermakna dan bagaimana pelbagai pakaian tradisional mewakili kepelbagaian etnik Indonesia.

“Kami berharap Indonesia akan terus melakar kemajuan.

Kami akan pastikan ia menjadi kenyataan. insya-Allah tahun depan kita akan meraikannya di ibu negara baharu Nusantara,” katanya. 

Acara dimulakan dengan perarakan pancaragam dari Tugu Negara ke istana, diikuti dengan tembakan meriam dan tabik hormat sebelum upacara menaikkan bendera.

Acara itu turut dimeriahkan dengan penyertaan jet pejuang Tentera Udara dan helikopter yang terbang di atas ruang udara istana.

Di seluruh kepulauan, kerajaan dan masyarakat berganding bahu mengatur upacara menaikkan bendera, pertandingan sukan tradisional dan moden dan perhimpunan sosial untuk memupuk perpaduan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dalam satu kenyataan turut menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Joko Widodo dan rakyat Indonesia untuk ulang tahun kemerdekaan yang ke-78.

Beliau berkata kedua-dua negara sedang berusaha ke arah masa depan yang kukuh dan berdaya tahan di rantau Indo-Pasifik, sambil menambah bahawa perkongsian sedia ada meningkatkan lagi demokrasi, keselamatan dan kemakmuran.

Biden turut menekankan kerjasama untuk menangani cabaran global seperti perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar sambil mengukuhkan hubungan sesama rakyat. 

Beliau memuji kepimpinan ASEAN Indonesia ketika menjadi pengerusi dan menyokong tema ASEAN 2023 iaitu “ASEAN Matters: Epicentrum of Growth.” – BERNAMA

BERITA LAIN

CHINA SEDIA RAPATKAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA ARAB

BEIJING: China komited bekerjasama dengan negara Arab untuk membina hubungan China-Arab sebagai penanda dalam memelihara keamanan dan kestabilan dunia, kata Presiden China Xi Jinping.Xi menyatakan

Kisah tragis di sebalik Menara Maiden

BAKU (Azerbaijan): Dalam imaginasi pujangga serta penulis lakon Azerbaijan, Menara Maiden (Maiden Tower), atau Qiz Qalasi, tersohor dengan legenda seorang puteri yang dikurung di dalam

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau