ARTIKEL

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima Mawarti Abu Seman pada Majlis Perasmian Mydin Mart Pantai Dalam dan Penyerahan Sumbangan Aidiladha. Turut sama Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin (kiri) dan Pengarah Tri Shaas Sdn Bhd, Shaakir Siraj (kanan). | BERNAMA

Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya akibatkan kenaikan harga barang – Mydin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Beliau berkata ini kerana pengusaha sektor logistik menerima subsidi diesel dan masih membayar harga bahan bakar itu pada kadar RM2.15 seliter.

“Harga barang tidak sepatutnya naik.

Di Mydin sendiri kita minta fleet card pasal kita juga (terlibat dalam sektor) pengangkutan (atau logistik).

Barang sampai di gudang di Shah Alam, kita pakai lori diesel juga hantar barang hari-hari tapi kita ada fleet card. Kita (masih) bayar (diesel pada harga) RM2.15 (seliter).

“Ramai tanya (harga) barang bila nak naik, saya kata kenapa nak naik sebab kos pengangkutan adalah sama.

Jadi kadang-kadang peniaga ini ada yang ambil kesempatan (menaikkan harga barang) bila harga diesel naik,” katanya.

Ameer berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mydin Mart Pantai Dalam dan penyampaian sumbangan Aidiladha oleh Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil kepada penduduk di kawasan itu semalam.

Beliau juga berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menetapkan bahawa peniaga tidak boleh menaikkan harga barang sesuka hati serta perlu memberikan justifikasi sebelum dibenar berbuat demikian.

“Sekarang ini, sebetulnya nak naikkan harga agak susah kerana KPDN ni naik harga 20 sen pun dia minta borang, dia tanya kenapa naik harga, dia kena periksa.

Nak naik harga, borang tebal kena hantar kat dia (KPDN),” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

BERITA TERBARU