ARTIKEL

Penyediaan perundangan berkaitan perdagangan karbon dalam perbincangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan kini sedang berbincang untuk menyediakan perundangan berkaitan perdagangan karbon.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara perkara lain yang dibincangkan turut melibatkan struktur cukai bagi perdagangan karbon.

“Perundangan berkenaan tidak dibentangkan pada Persidangan Parlimen akan datang kerana perbincangan masih berjalan dan di peringkat kerja, selain butirannya masih belum dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ibadah Qurban Wanita N6 Tupong yang diadakan di Surau Darul Fadzillah, Kampong Gita Laut, di sini, hari ini.

Mengenai cadangan Sarawak untuk meletakkan perdagangan karbon di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, Fadillah berkata bahawa perbincangan berterusan sedang berlangsung antara kementeriannya dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang diketuai Nik Nazmi Nik Ahmad.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU