Trending

Penyelarasan elaun ahli majlis akan dibentang dalam kabinet

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP... Dr Sim ketika hadir menyaksikan angkat sumpah Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan di bangunan MBKS Photo: Ghazali Bujang

KUCHING: Penyelarasan elaun tetap bagi ahli majlis akan dibentangkan dalam kabinet untuk melihat nilai yang sesuai diberikan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Sim Kui Hian.

Katanya, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil sudah menguruskan perkara ini dan akan dibawa ke kabinet.

“Menerusi usaha ini, kita mahu mengenal pasti elaun sesuai untuk diberikan, selaras dengan keperluan pada masa ini.

“Ia mengambil kira pelbagai keadaan seperti keadaan ekonomi terkini dan kos sara hidup, selain melihat keadaan luar dan dalam bandar serta lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan angkat sumpah Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan di bangunan MBKS di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar ahli majlis untuk memberikan masa agar perkara ini dapat diuruskan.

“Walaupun anda berdepan banyak aduan, pelbagai acara dan mesyuarat, bayaran elaun masih rendah.

“Justeru, saya sangat berterima kasih kepada semua ahli majlis yang telah bekerja keras dalam menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru