ARTIKEL

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. - Foto: Ghazali Bujang

Penyelesaian sesuai dicari bagi menangani penggunaan dan pencemaran plastik – Nik Nazmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengkaji sekiranya terdapat keperluan untuk menggubal perundangan bagi mengatasi masalah pencemaran plastik.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, memberitahu bahawa dasar pada peringkat nasional ada, tetapi banyak bergantung kepada pelaksanaan peraturan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Jadi, kita tengok semula sama ada terdapat ruang untuk melihat perkara ini di peringkat nasional supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Buat masa ini, kajian masih di peringkat awal bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Ke Arah Peneutralan Plastik di Dewan Zamrud, DeTAR PUTRA, UNIMAS, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa Malaysia telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk menangani isu pencemaran plastik sebelum ini.

Bagaimanapun, pendekatan secara sukarela daripada orang ramai dan pihak PBT masih perlahan dan plastik masih banyak digunakan.

“Untuk itu, kita lihat bagaimana Kerajaan Persekutuan dapat menggubal perundangan berkenaan sesuai dengan perjanjian plastik yang akan diadakan di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nik Nazmi mendedahkan kementeriannya juga akan meneliti cara bagi menangani masalah penggunaan plastik sekali guna dan tidak terurai khususnya dalam kalangan peniaga.

“Penggunaan plastik dalam sektor tidak formal seperti di bazar Ramadan dan pasar malam sangat meluas, sekali gus menjadi cabaran terbesar di negara kita.

TENGOK… Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) melawat pameran program. – Foto: Ghazali Bujang

“Maka, kita mencari penyelesaian sesuai untuk menangani masalah sedemikian.

“Seperti di Kuala Lumpur, mereka mempromosikan penggunaan plastik biodegradasi.

“Tetapi kos plastik dan yang berkaitan akan menjadi masalah.

“Justeru, kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC