ARTIKEL

Abang Johari (tengah) menerima buku 'Underutilised Fruits of Malaysia' Jilid 1 daripada Dr Azman Ismail selepas merasmikan Persidangan Rantau Kedua Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) di sebuah hotel di sini. - Foto: Ramidi Subari

Penyelidikan dan inovasi dalam industri agro tingkatkan hasil pengeluaran dan jaminan makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyelidikan dan inovasi dalam industri agro amat penting dalam usaha mempelbagaikan hasil tanaman dan meningkatkan jaminan makanan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menekankan kepentingan penyelidikan dan penggunaan teknologi dalam agrobiodiversiti selain mengoptimumkan penggunaan tanah.

“Teknologi adalah penting dan Malaysia terkenal kerana perkara itu serta mempunyai budaya penyelidikan yang baik.

“Himpunan daripada hasil kajian adalah untuk meningkatkan pengeluaran, dan hari ini ia harus lestari menerusi pembangunan dan penyelidikan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Rantau Kedua Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kerajaan Sarawak.

Justeru, kata Abang Johari, penyelidikan dalam agrobiodiversiti perlu dijalankan untuk menghasilkan pelbagai produk bagi kegunaan ramai.

“Kerajaan Sarawak mempunyai Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) di mana kita memulihara biodiversiti yang kaya.

Abang Johari (tiga kanan) menunjukkan linut segera ketika mengadakan lawatan ke tapak pameran RAC2 di sebuah hotel di sini. – Foto: Ramidi Subari

“Sekarang kita bekerjasama dengan Chitose dalam cara untuk menghasilkan produk farmaseutikal berdasarkan penyelidikan logik menerusi alga,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, penyelidikan turut membabitkan penghasilan bahan api penerbangan mampan (SAF) untuk penggunaan pesawat, di tapak semaian di Bintulu berkeluasan 1,000 hektar yang mampu menghasilkan 10,000 tong minyak mentah alga.

“Ini bermakna banyak perkara kita dapat bangunkan dengan teknologi, biodiversiti dan kelestarian,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, dan dua timbalannya, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Martin Ben, serta Pengerusi MARDI, Dr Azman Ismail.

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan