ARTIKEL

Penyelidikan sokong industri sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGI: Eksport kelapa sawit dan produk berkaitan yang mencecah lebih RM100 bilion setahun ketika ini turut disumbang oleh hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan.

Menteri Perladangan dan Komuniti, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkembangan itu telah membuka pelbagai peluang ekonomi kepada rakyat tempatan melibatkan pekerjaan serta bidang keusahawanan.

Jelas beliau, R&D yang dilaksanakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perlu diteruskan untuk memastikan industri sawit negara terus unggul di peringkat global.

“Banyak negara-negara di luar sana menggunakan kelapa sawit kita untuk diaplikasikan kepada produk-produk termasuk makanan dan juga bukan makanan.

“Jadi inilah perkara yang selalu saya tekankan kepada MPOB iaitu teruskan R&D kerana sangat penting untuk pastikan minyak sawit kita terus berkembang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan MPOB kelmarin.

Sementara itu Johari berkata, nilai eksport minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 3.7 peratus bagi tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Prestasi itu kata Johari turut didorong oleh permintaan kukuh dari negara pengimport utama.

“(Selain itu ia juga kerana) keupayaan industri sawit negara menerapkan inovasi di samping pematuhan aspek kemampanan seperti disyaratkan oleh beberapa negara,” katanya. – TVS 

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU