ARTIKEL

Fatimah merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu sempena perasmian pembukaan SHE-TECH Asia Forum 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. | Foto Alverdtekoster Anyap

Penyertaan wanita dalam teknologi perlu diterjemah kepada kepimpinan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyertaan wanita dalam bidang teknologi perlu diterjemahkan kepada lebih banyak peluang untuk mereka memegang jawatan kepimpinan selaras dengan usaha Sarawak memperkukuh ekonomi digital di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata perkara itu penting kerana cabaran seterusnya bukan sekadar memastikan wanita menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) tetapi memastikan mereka kekal, berkembang serta mempunyai peluang untuk memimpin dan membuat keputusan.

Katanya, pendekatan itu juga selari dengan tema SHE-TECH Asia Forum 2026 iaitu “Daripada Penyertaan kepada Kuasa” yang melambangkan tahap kemajuan seterusnya bagi Sarawak dalam memperkasa wanita untuk bergerak ke jawatan penting.

Fatimah ketika berucap. | Foto: Alverdtekoster Anyap

“Penyertaan membawa wanita melalui pintu tersebut.

Alhamdulillah, penyertaan itu merupakan satu permulaan.

Apa yang penting ialah bagaimana kita menterjemahkan penyertaan itu kepada kepimpinan, iaitu wanita mempunyai autoriti dan diberi ruang untuk diperkasa,” katanya ketika berucap sempena perasmian pembukaan SHE-TECH Asia Forum 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menambah bahawa walaupun penyertaan wanita dalam bidang STEM dan teknologi menunjukkan perkembangan positif, penyertaan itu tidak semestinya diteruskan sehingga ke peringkat kepimpinan.

Menurutnya, satu kajian IMDA-Boston Consulting Group melibatkan Malaysia dan lima negara Asia Tenggara lain mendapati wanita mewakili antara 34 hingga 40 peratus tenaga kerja teknologi, namun hanya lapan peratus memegang jawatan kepimpinan teknikal.

Jelasnya, Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk terus membangunkan bidang ini.

Penyertaan pelajar sekolah dalam bidang STEM mencapai 50.83 peratus pada 2024, berbanding 40.95 peratus pada 2021.

Pada peringkat pengajian tinggi pula, wanita merangkumi 53.2 peratus daripada graduan STEM Malaysia pada 2021.

“Terkini, seramai 29,903 wanita menamatkan pengajian di institusi pendidikan tinggi dalam bidang sains, kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan pada 2024, termasuk 1,443 orang di Sarawak.

“Angka-angka ini menunjukkan sesuatu yang penting. Wanita tidak ketinggalan dalam saluran bakat. Mereka sedang melanjutkan pengajian, menamatkan pengajian dan memasuki bidang yang bakal membentuk masa depan kita,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan Dialog Strategik SHE-TECH esok (6 Oktober) akan menghimpunkan pemimpin daripada kerajaan, industri, akademia, pelaburan dan keusahawanan serta generasi akan datang bagi mengenal pasti langkah praktikal untuk meningkatkan kepimpinan wanita dalam ekonomi digital, termasuk bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu.

Menurutnya, matlamat dialog berkenaan bukan untuk menyelesaikan semua halangan dalam satu sesi, sebaliknya mengenal pasti ruang kerjasama dan menterjemahkan idea kepada komitmen serta tindakan praktikal di peringkat organisasi.

“Apabila kita kembali ke SHE-TECH pada 2027, kita seharusnya bertanya kepada diri sendiri: Apakah yang telah kita komited untuk lakukan, apakah yang telah kita laksanakan, apakah impak yang kita lihat dan apakah yang telah kita pelajari?”

“Ini kerana perubahan yang bermakna tidak berlaku hanya melalui satu perbualan.

Ia berlaku apabila perbualan membawa kepada komitmen, komitmen membawa kepada tindakan dan tindakan itu dikekalkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

BERITA LAIN

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan