HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo satu keutamaan – Nanta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Uggah bersama-sama timbalannya Aidel Lariwoo (kanan) dan Alexander Nanta pada taklimat program pembangunan Infrastruktur Sarawak di Kuching.
Uggah bersama-sama timbalannya Aidel Lariwoo (kanan) dan Alexander Nanta pada taklimat program pembangunan Infrastruktur Sarawak di Kuching.

KUCHING: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang baru dilantik sebagai Menteri Kerja Raya, sekali lagi menegaskan bahawa keutamaan beliau adalah untuk melihat kejayaan menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di kedua-dua jajaran Sarawak dan Sabah.

Katanya, ia adalah projek mega yang penting kepada kedua-dua Sarawak dan Sabah.

“Jadi fokus saya adalah memastikan kejayaannya dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat program pembangunan Infrastruktur Sarawak oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah.

Sehingga 25 November tahun ini, kemajuan fizikal di bahagian Sarawak adalah 90.9 peratus dan dijangka siap pada tahun 2024.

“Saya terfikir untuk mengadakan jelajah ke seluruh Projek LPB dari kedua-dua pihak di Sarawak dan Sabah bagi melihat keadaan sebenar di lapangan pada tahun hadapan.

“Ini wajib bagi saya,” kata Alexander sambil menambah, terdapat banyak lagi projek dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan akan turut diberi tumpuan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru