Penyingkiran PSM kekal

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (Astaf) kekal dengan keputusan mereka untuk menyingkirkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) daripada menjadi ahli gabungan badan induk tersebut.

Presiden Astaf Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan semalam berkata, keputusan itu juga akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.

“Mengikut situasi semasa dan tempoh untuk merayu yang telah tamat, maka keputusan untuk menyingkirkan PSM daripada Astaf, kekal,” katanya.

Abdul Halim turut menyatakan yang PSM bukan sahaja memohon untuk penambahan tempoh merayu, namun juga telah membuat permohonan yang tidak sesuai, apabila Astaf menerima surat daripada mereka pada Selasa.

Beliau berkata Astaf sebelum ini telah menghantarkan surat menerusi email kepada PSM pada 20 Mei, bagi menyampaikan keputusan Astaf dan juga prosedur membuat rayuan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

Suara Sarawak